
Wahai guruku mulianya hatimu
mengajar mendidikku selalu
tanpa kenal letih dan jemu
moga Tuhan meredoimu
Ya Allah peliharalah guruku
agar terus berada dalam rahmatMu
agar terhindar dari tipuan dunia
yang senantiasa menipu manusia
Ampunkanlah wahai guruku
kesilapan anak muridmu
kuserahkan jiwa ragaku
agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allah ya Rabbi
engkaulah guru sejati
engkau pendidik yang berhati murni
moga Tuhan senantiasa merahmati
sumber : http://waskita.wordpress.com/2008/04/08/sajak-untuk-guru-pendidik-jiw
Saturday, May 14, 2011
Selamat Hari Guru 2011
Posted by syahriah katderi at 9:29 AM 0 comments
Labels: hari guru
Sunday, April 10, 2011
Faedah Membaca dan Menghafal Al Quran
Bismillahir rohmanir rohiim
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara : Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Barangsiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
"Berkata Allah swt. : Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah swt tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan barangsiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
Posted by syahriah katderi at 7:24 AM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
2011M / 1432H
ZON PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZWAN
19 FEBRUARI 2011M
16 RABIUL AWAL 1432H
SK KAMPONG KEDAH
Posted by syahriah katderi at 7:46 PM 0 comments
Sunday, September 5, 2010
PROGRAM KHATAM AL-QURAN 1431H SKKK


PROGRAM KHATAM AL-QURAN
TARIKH :
03 September 2010
24 Ramadhan 1431H
Hari:
Jumaat
MASA :
8.00 pagi
TEMPAT :
Dewan SK Kampong Kedah
Jawatankuasa Induk
Program Khatam Al-Quran 1431H
SK Kampong Kedah
Pengerusi:
Pn. Hjh. Azimah Bt. Shamsuddin
Guru Besar, SK Kampong Kedah
Timbalan Pengerusi:
Tn. Hj. Shukri B. Hj. Ghazali
PK HEM, SK Kampong Kedah
Naib Pengerusi:
Tn. Hj. Jaafar B. Ahmad
PK Pentadbiran, SK Kampong Kedah
En. Johari bin Ahmad
PK Kokurikulum, SK Kampong Kedah
Penyelaras:
Cik Mastura Bt. Mahamad
(Setiausaha Program Kebesaran Islam)
Setiausaha Program :
En. Mohd. Amin b. Omar
Pen. Setiausaha Program :
Pn. Syahriah bt. Katderi
Bendahari Program :
En. Mohd Shihan B. Shahbuddin
Jawatankuasa Pelaksana
Program Khatam Al-Quran 1431H
SK Kampong Kedah
Bacaan Doa & Khalifah Khatam Al-Quran :
En. Mohd Shihan B. Shahbuddin
Juruacara:
En. Jefri B. Abdullah
Hadiah / Cenderamata:
Pn. Sarimah Bt. Sabri
Pn. Siti Aminah Bt. Subran
Pn. Norma Bt. Mastor
Pn. Nor Reha Bt. Abdullah
Pn. Norakmar Bt. Abd. Talib
Cik Rafiza bt Mohd Saad
Pn.Nor Faizan bt Shuib
Siaraya / Peralatan :
En. Chakrawarthy A/L Gopalan
Jurufoto :
En. A. Malek B. Othman
Persiapan Dewan :
En. Jefri B. Abdullah
En. Farood B. Kasim
Semua Pekerja SK Kampong Kedah
Kawalan Murid & Disiplin :
Pn. Premalatha A/P Shanmugan
Pn. Faridah Bt. Abd. Rahman
Pn. Siti Zalina Bt. M. Radzi
Pn.Syahriah bt Hj Katderi
Pn.Hamidah btAb.Rahman
Persiapan Pentas / Backdrop :
En. Amir Bin Zainon
En. Mohd. Zahari B. Ishak
Pn.Norsuria bt Saidin
Cik Mastura Bt Mahamad
Posted by syahriah katderi at 5:13 PM 0 comments
Labels: kertas kerja
PROGRAM IHYA RAMADHAN 1431H

PROGRAM IHYA RAMADHAN
1431H
Tahun 2010
Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan
Anjuran:
Panitia Agama Islam
SK Kampong Kedah
Nama Program
Program Ihya Ramadhan
Rasional
Program ini diadakan untuk memberikan penghayatan kepada murid-murid dalam melaksanakan ibadah berpuasa serta berpeluang menambahkan ganjaran pahala dengan melakukan amalan sunat dalam bulan Ramadhan.
Objektif
1. dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna
2. dapat menjauhi perkara yang mengurangkan pahala berpuasa
3. dapat melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berilmu
4. dapat menghayati kesempurnaan ajaran Islam
Tarikh
Program ini akan diadakan pada 9.8.2010/29 Syaaban 1431H
Jangka Masa
Program akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan 1431H
Kumpulan Sasaran
Program ini melibatkan semua murid , guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah
Jawatan kuasa Pelaksana
Pengerusi : Pn. Hajjah Azimah bt Shamsudin
(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Tn.Hj.Jaafar b Haji Ahmad
(Penolong Kanan Kurikulum)
: Tn Hj Shukri b Hj Ghazali
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
: En.Johari bin Ahmad
( Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Pn.Syahriah Bt Hj Katderi
Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Omar
Penolong Setiausaha : Cik Mastura binti Mahamad
Bendahari : En Muhammad Shihan b Shabudin
AJK Pelaksana : Semua guru dan kakitangan SKKK
Penutup
Program ini diharap dapat memberikan peluang kepada murid menghayati kehadiran bulan Ramadhan iaitu bulan yang membawa keberkatan dan terkandung didalamnya amalan pahala yang berlipat ganda.
Posted by syahriah katderi at 5:04 PM 0 comments
Labels: kertas kerja
Apakah maksud Puasa?

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.
Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
• Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
1) Berakal/waras 2)Baligh (cukup umur) 3) Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
•Orang Islam
•Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
•Suci daripada haid dan nifas
•Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, bukan dalam tempoh haram puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
•Berniat pada malam harinya
•Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Posted by syahriah katderi at 4:55 PM 0 comments
Labels: agama
Friday, August 20, 2010
ADA APA DENGAN RAMADHAN?
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah : 183)
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bu-lan yang juga tidak kurang keistimewaannya
Bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yang besar. Semua amal soleh yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat balasan lebih banyak dan lebih baik. Oleh karena itu kita sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan. Diantara keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan tersebut, disebutkan dalam beberapa riwayat:
- Ramadhan adalah bulan penuh barakah :
Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda:
قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ
Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh barakah, maka Allah mewajibkan kamu untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)
2. Allah SWT membebaskan penghuni neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda :
إذَا كَانَ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أبْوَابُ الجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
Jika awal Ramadhan tiba, maka syaitan-syaitan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu syurga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)
3. Puasa bulan Ramadhan adalah sebagai penebus dosa hingga datangnya bulan Ramadhan berikutya. Rasulullah SAW bersabda :
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ
Jarak antara solat lima waktu, solat jumaat dengan jumaat berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)
4. Puasa Ramadhan dapat menebus dosa-dosa yang telah lalu, dengan syarat puasanya ikhlas. Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
5. Barangsiapa memberi buka orang yang berpuasa maka mendapat pahala sebanyak pahala orang berpuasa tersebut :
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أجْرِ الصَّا ئِمِ لَا يَنْقُصَ مِنْ أجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ
Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR Ahmad)
6. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan :
أيُّ الصَّدَقَةِ أفْضَلُ؟ قَالَ صَدَقَةٌ فَيْ رَمَضَانَ
Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Iaitu sedekah dibulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)
7. Orang yang banyak beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan, maka dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
8. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda :
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ ؛دَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ
Ada tiga macam doa yang mustajab, iaitu doa orang yang sedang puasa, doa musafir dan doa orang yang teraniaya. (HR Baihaqi)
9. Puasa dan Al-Qur’an yang dibaca pada malam Ramadhan akan memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda :
اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ
Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, Al-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (HR Ahmad)
10. Orang yang melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan maka mendapat pahala seperti melakukan Haji. Rasulullah SAW bersabda :
فَإِنَّ عُمْرَةَ فِيْ رَمَضَانَ حَجَّةٌ
Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan sama dengan pahala haji. (HR Bukhari)
Posted by syahriah katderi at 3:40 PM 0 comments
Labels: agama

